Kopi Radix Palsu

Kopi Radix dah sinonim dengan keluarga kami.  Kalau kehabisan stok di rumah, tak lengkap rasanya.  Di mana-mana kita pergi pun Kopi Radix mudah dicari.  Hampir setiap kedai makan dan restoran menyediakan Kopi Radix sebagai menu minum.

Rasa dan aromanya…, memang tak tau nak cakap… bak kata orang dulu-dulu… “ada ummph…!!”  Bagi saya Kopi Radix bukanlah sebarangan, yang dikeluarkan hanya sekadar mencari untung besar… tapi penyediaan Kopi Radix ni memang mengikut standard pemakanan yang ketat.  Tuan Haji Ismail Haji Ahmad, pengasas HPA yang mengeluarkan Kopi Radix dah buat penyelidikan dan kajian bersama-sama UPM atau Universiti Pertanian Malaysia pada awal tahun 80an.

Berlainan sama sekali dengan kopi pra-campuran yang “bertaburan di pasaran” yang  hanya ingin mengaut keuntungan besar. (bukanlah semua)

Kopi Radix mendapat sambutan hebat di mana-mana, tak hairanlah ada orang yang mengambil kesempatan “menciplak Brand”  Kopi Radix.

Ramai yang dah tertipu dengan Kopi Tiruan Cap Masjid ni…. Saya pernah mencubanya sekali dan rasanya memang jauh berbeza dengan Kopi Radix asli keluaran HPA.  Dan dari sumber-sumber yang boleh dipercayai Master Radix ni pun bukan keluaran “orang kita”.

Jadi dengan semangat jihat ekonomi dan membantu sesama ummah…  marilah kita memboikot Kopi Cap Masjid yang “menceroboh” ekonomi ummah….

Dengan semangat itu juga jom kita ramai-ramai menggunakan apa juga produk muslim yang berada di pasaran. Tinggalkan produk yang haram dan syubhah dan gunakan yang halal kerana Mencari Yang Halal Itu Adalah Fardhu.

Di sarankan anda tidak menggunakan cawan dan sudu besi apabila membancuh Kopi Radix kerana akan menghilang atau mengurangkan sernegi Radix…

Kopi Radix Tiruan


Untuk mengelakkan anda tertipu, dapatkan Kopi Radix dari cawangan-cawangan HPA di tempat anda, jadilah Ahli HPA seumur hidup dengan hanya RM30.00.

Sekarang ni dah ada cara mudah kalau nak jadi ahli HPA, klik je di sini dan daftar secara Online

  • Share/Bookmark
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.