Software grafik percuma
Sangat susah nak buat logo dan banner yang menarik, apa lagi yang mempunyai ciri-ciri animasi. Adorb Photoshop adalah salah satu software yang wajib ada jika kita ingin membina grafik bagi laman web kita atau untuk membuat banner atau ecover bagi ebook.
Tapi Photoshop ni susah kita nak “rapat” kerana harganya ooi mak..! USD699!! kalau di kalikan dengan 3.5 dah jadi RM2446.50. Itu carian yang saya buat di internet. Saya juga dah cuba cari di kedai-kedai komputer di serata Ipoh dan KL. termasuk di Plaza Low Yat…. tak ada yang sanggup nak jual. “Mahal” kata mereka.
Bagi yang “advance” boleh dapatkan dengan percuma, tapi pastinya “TIDAK HALAL”.. atau dapatkan edisi Adobe Photoshop 7 Portable Edition di http://rapidshare.com/files/189364569/PortablePhotoshop7.rar.
Kalau dah “peruma” tentulah banyak kekurangannya. Dalam edisi percuma ni tak ada fungsi Animasi… jadi banner anda hanyalah banner statik. Tak menarikkan…!?
Dalam blog ni tentu anda dah lihat gambar ni:
dan yang ni…
Kedua-dua gambar ni adalah sama, cuma dibezakan oleh Animasinya saja. Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana saya boleh membuat kedua-dua animasi ni.
Di sini saya nak bukakan rahsia bagaimana anda boleh membuat apa saja grafik, atau animasi yang canggih-manggih dengan PERCUMA! saja. Tak perlu bayar apa-apa pun tapi kalau nak memberi sumbangan silakan. (158060613313 - cap harimau)
Setelah install anda akan dapat macam ni.
GIMP Lay Out
Anda “bermain-mainlah” dulu dengan layout ni. Cubalah buat apa saja, cari perkataan “New” di hujung kiri sebelah atas layout, dan klik huruf A untuk membina perkataan.
Selamat mencuba!!
oo..oo.. jangan lupa tinggalkan komen anda ye… terima kasih
Klik imej untuk download GIMP










bg la tutorial mcmne nak gune GIMP ni…. tp lebih kurang macam adobe photoshop je… huhu…