Memilih paparan terbaik

Zaman sekarang orang  tergila-gilakan tv plasma, LCD dan yang terbaru LED… entah apa maksudnya saya pun tak tahu.  Tapi yang nyatanya semakin canggih dan semakin baik dan jelas paparannya. 

Cuti hujung miggu lepas saya merayau-rayau di bandar menara condong dan singgah di kedai alat elektrik, bukan main mesra dan bersungguh lagi salesman tu menerangkan maksud dan perbezaan antara ketiga-tiga jenis TV nipis ni. 

Kalau kita rajin buat “searching”, banyaklah maklumat kita dapat tentang perkembangan teknologi terkini yang sememangnya tak terdaya nak mengikutinya. 

Dari segi bentuk dan design, tak banyak beza, kesemuanya nipis dan berwarna hitam menawan.

PLASMA TV

 

LCD TV

 

LED TV

Nak tahu bezanya…jenguklah ke kedai TV pasti anda teruja dengan LED TV yang memberikan paparan yang sangat cantik.

Begitu juga dengan blog saya ni, saya asyik “tersangkut” dengan Pakcik Google & Mozila tapi hari ni entah macam mana terklik pulak Makcik IE ni… wow!!!.  Paparannya nyata lebih jelas dan kemas. (syok sendiri….)

 

  • Share/Bookmark
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Be the first to comment - What do you think?  Posted by admin - July 5, 2010 at 8:53 pm

Categories: General   Tags: , , , ,

Aiskrim Toyyibah

Waktu rehat saya bergegas balik ke rumah sebab nak bawa anak-anak Solat Jumaat.  Seperti biasa kami pun ke masjid yang berdekatan.  Selesai solat saya pun kembali ke tempat kerja kira-kira 17 km dari rumah.

Dalam perjalanan teringat pulak kalau tengah hari ni makan ais kerim best jugak…. Sampai je di batu 10 (nama tempat) saya terus singgah di Cawangan HPA yang baru saja dibuka.  Beli Ais Kerim Toyyibah perisa Kopi.

Apa lagi kami pun kenduri le… sampai ada yang tak merasa…. best gak Ais Krim Toyibbah dimakan dengan roti Gxxxnia…

Sahabat saya yang sorang ni pulak, bukan muslim… terus “abang nanti order sama saya satu…” .  Saya pun bergurau, masuk jadi ahli laa… dapat murah 25%.

Terkejut gak bila dia terus keluarkan ICnya & terus nak jadi ahli…. Dalam hati tertanya-tanya boleh ke…?

Balik rumah saya pun cek kat website HPA dan jupa testimoni ni…

Nama
H’ng Gaik Thiam
Negeri
Pulau Pinang
Topik
Tentang testimoni saya
Tarikh Di Hantar
2007-10-21 19:10:25
Email
hgt422007@hotmail.com
Testimoni
Selamat sejahtera, Pertama kali saya jadi ahli HPA ini pun disebabkan harga produk amat murah daripada produk lain, kerana produk HPA adalah produk (HALAL) di dalam dunia ini dan boleh dapat pendapatan sampingan contohnya kita pergi ke kedai runcit beli setin serbuk cokelat(jenama milo) amat terkenal sekali di Malaysia duit kita pergi begitu sahaja tak boleh kembali lagi kecuali serbuk cokelat itu sudah rosak dan buat aduan kepada KPDNHEP, tetapi dengan produk HPA beli barang dengan HPA syarikat sendiri boleh dapat point dan point itu boleh jadi sumber kewangan kita, contohnya harga pek mai secawan (kopi radix) amat murahkan sampai warung kedai kopi pun mampu nak beli kopi radix banding dengan produk lain pulak agak jauh begitu mahal, bagi kita pendapatan rendah manalah mampu nak beli dan tidak ketahui pulak adakah ia halal bagi kita. Bagi saya bukan tertumpu kepada kopi radix satu jenis sahaja ia bermacam-macam produk lain pun ada dan saya bersyukur kerana produk terbaru akan muncul tidak lama lagi seperti daging ayam original tanpa suntikan bahan kimia yang lama-kelamaan boleh membawa maut kepada manusia yang gemar makan ayam(maaf seluruh dunia kerana ayat terlalu kasar sangat) kerana saya ikut fakta. Sekarang saya hendak cerita tentang kesihatan saya, saya memang sihat tiada masalah tetapi saya hendak cuba satu benda yang boleh memafaat kepada kesihatan diri kita iaitu bekam. Bekam pun kawan yang ajak pergi jadi saya pun bekam juga keluarkan darah kotor memang darah saya kotor hitam pekat apatah lagi kata saya sihat sebenarnya saya ada penyakit di seluruh badan walaupun masa belum sampai lagi untuk dia meletup. Selepas siap bekam badan saya amat ringat dan pesan kawan saya lepas tiga jam baru boleh mandi dan esok bangun pagi minum secawan kopi radix campur dengan madu asli, lepas esok pagi saya pun menurut apa yang dia kata, lepas habis minum kopi radix campur dengan madu asli dekat-dekat 20 minit rasa badan saya amat segar dan sihat lebih sihat daripada selepas habis bekam, sungguh menakjubkan.

Dan testimoni yang ini

Nama
Roy Eduardo
Negeri
sabah
Topik
Kanser Payudara
Tarikh Di Hantar
2007-03-08 00:03:43
Email
p_amsmkt@yahoo.com.my
Testimoni
Terdapat banyak testimoni yang ingin saya ceritakan kerana setiap kali bertemu dengan pengguna baru, setiap itulah testimoni ada!! Ini testimoni ibu saya sendiri tentang kanser payudara. Sudah 2 tahun ibu saya mendapatkan rawatan hospital. Pelbagai pil sudah diamalkan, namun ketulan masih ada. Menurut ibu saya, dia kadang-kadang ketulan ini menimbulkan terasa gatal dan sakit. Saya memberikan dia Malac pada 2 minggu pertama. Pada mulanya, ibu saya tidak tahan dengan pekerjaan Malac, namun setelah berkali-kali diberi penerangan oleh saya, dia telah menghabiskan sebotol MALAC. Dalam masa yang sama, dia mengamalkan Kopi Radix. Setelah itu, saya memberikan dia Shark. kesan sembuh Shark dirasai selama 1 minggu. Selepas beberapa hari ketulan itu terus mengecil dan sehingga kini ia sudah tiada. Pembengkakan kalenjer di belakang telinga dan leher ibu saya juga sudah hilang. Pendengarannya juga sudah pulih seperti biasa. Walaupun sudah sembuh, saya tetap membekalkan ibu saya kopi radix dan shark setiap bulan. Terima kasih HPA.

Dari testimoni di atas saya rasa tak ada masalah bagi kawan saya ni nak join HPA dan dapatkan produk Halalan Tiyyibah ni.  Yang jadi masalahnya … ramai orang kita yang tak nak…

Untuk sahabat-sahabat yang baca post ni, apa lagi klik je kat sini & join.

Sumber Artikel:

  • Share/Bookmark

3 comments - What do you think?  Posted by admin - July 2, 2010 at 10:50 pm

Categories: Business   Tags: ,

Kopi Radix Palsu

Kopi Radix dah sinonim dengan keluarga kami.  Kalau kehabisan stok di rumah, tak lengkap rasanya.  Di mana-mana kita pergi pun Kopi Radix mudah dicari.  Hampir setiap kedai makan dan restoran menyediakan Kopi Radix sebagai menu minum.

Rasa dan aromanya…, memang tak tau nak cakap… bak kata orang dulu-dulu… “ada ummph…!!”  Bagi saya Kopi Radix bukanlah sebarangan, yang dikeluarkan hanya sekadar mencari untung besar… tapi penyediaan Kopi Radix ni memang mengikut standard pemakanan yang ketat.  Tuan Haji Ismail Haji Ahmad, pengasas HPA yang mengeluarkan Kopi Radix dah buat penyelidikan dan kajian bersama-sama UPM atau Universiti Pertanian Malaysia pada awal tahun 80an.

Berlainan sama sekali dengan kopi pra-campuran yang “bertaburan di pasaran” yang  hanya ingin mengaut keuntungan besar. (bukanlah semua)

Kopi Radix mendapat sambutan hebat di mana-mana, tak hairanlah ada orang yang mengambil kesempatan “menciplak Brand”  Kopi Radix.

Ramai yang dah tertipu dengan Kopi Tiruan Cap Masjid ni…. Saya pernah mencubanya sekali dan rasanya memang jauh berbeza dengan Kopi Radix asli keluaran HPA.  Dan dari sumber-sumber yang boleh dipercayai Master Radix ni pun bukan keluaran “orang kita”.

Jadi dengan semangat jihat ekonomi dan membantu sesama ummah…  marilah kita memboikot Kopi Cap Masjid yang “menceroboh” ekonomi ummah….

Dengan semangat itu juga jom kita ramai-ramai menggunakan apa juga produk muslim yang berada di pasaran. Tinggalkan produk yang haram dan syubhah dan gunakan yang halal kerana Mencari Yang Halal Itu Adalah Fardhu.

Di sarankan anda tidak menggunakan cawan dan sudu besi apabila membancuh Kopi Radix kerana akan menghilang atau mengurangkan sernegi Radix…

Kopi Radix Tiruan


Untuk mengelakkan anda tertipu, dapatkan Kopi Radix dari cawangan-cawangan HPA di tempat anda, jadilah Ahli HPA seumur hidup dengan hanya RM30.00.

Sekarang ni dah ada cara mudah kalau nak jadi ahli HPA, klik je di sini dan daftar secara Online

  • Share/Bookmark

2 comments - What do you think?  Posted by admin - June 27, 2010 at 3:08 pm

Categories: General   Tags: , ,

« Previous PageNext Page »