Bagaimana menjadikan gambar bergerak
Tentu anda perasan gambar di atas bergerak dari kiri ke kanan. Ini adalah contoh bagaimana anda boleh menarik perhatian pengunjung blog atau pelanggan anda.
Boleh juga diletakkan gambar ini sebagai header blog atau website .
Sebenarnya teknik untuk menjadikan gambar bergerak tidaklah terlalu sukar. Di sini saya terangkan bagaimana mencipta sebuah gambar yang bergerak. apa yang anda perlukan ialah kod di bawah:
<marquee behavior=”scroll” direction=”left” scrollamount=”2″>
<img src=”http://www.warehousedirectfurniture.com/bedrooms/images/scandia-bedroom-furniture-collection.jpg” width=”119″ height=”99″ alt=”smile” /><p>Keterangan Gambar</p></marquee>
1. Langkah pertama yang harus anda lakukan ialah dapatkan URL gambar seperti dalam imej di bawah.
2. Copy dan pastekan ke dalam Notepad, kemudian pastekan juga kod marquee di atas dan masukkan URL gambar yang anda ambil.
<marquee behavior=”scroll” direction=”left” scrollamount=”2″>
<img src=”http://www.trendir.com/archives/matin-dete-kids-bedroom-furniture.jpg” width=”200″ height=”120″ alt=”smile” /><img src=”http://www.alcazarfurniture.com/assets/images/furniture-ho/rockford_bedroom/Rockford_bedroom_furniture_Poster_Bed.jpg” width=”200″ height=”120″ alt=”smile” /><img src=”http://www.warehousedirectfurniture.com/bedrooms/images/scandia-bedroom-furniture-collection.jpg” width=”200″ height=”120″ alt=”smile” /><p>BedroomFurnitureGuide.Blogspot.Com</p></marquee>
Kod di atas telah dimasukkan ketiga-tiga URL gambar yang akan “digerakkan”.
3. Copy & paste marquee code ini ke NVU, atau apa saja software yang anda gunakan. Bagi memasukkan ke blog wordpress anda, hanya copy & paste kod ini ke dalam “Post” anda dalam mode HTML.
Selamat mencuba, jika anda ada apa-apa pertanyaan atau masalah sila tinggalkan komen anda.
Categories: Software Tags: imej bergerak, marquee, NVU
Blogger Dot Com
Perubahan drastik akan berlaku pada blogger atau blogspot.com. Bagi yang dah biasa menggunakan platform Blogger.com untuk blog mereka, boleh jadi perasan atau tidak, Blogger akan membuat perubahan. Buat masa ini anda boleh tengok di Blogger In Draft.
Blogger menyediakan template-template yang lebih menarik dan menyerlah. Tetapi saya tidak tahu samada kita boleh mengubah HTML code bagi menggunakan template yang bukan disediakan oleh Blogger. Saya tidak tahu sejauh mana perubahan yang akan berlaku. Tetapi apabila saya membuat blog baru dengan menggunakan template XML, amaran “blog spam” telah dikeluarkan.Bila saya ubah template kepada yang asal, amaran ini “hilang begitu saja”.
Mungkinkan Blogger tidak akan membenarkan kita mengedit kod HTMLnya?.
Ciri-ciri yang menarik bagi Blogger In Draft ini:
1. Mudah untuk upload gambar-gambar dan gamber2 tersebut akat terpapar di ruangan upload, jadi jika anda ingin meletakkan gambar tersebut di post baru, anda hanya klik pada gambar yang sedia ada.
2. Link terus dari Picasa Album
3. Caption image – membolehkan anda meletakkan ayat2 penerangan atau keyword pada imej yang anda upload.
Dan terdapat banyak lagi ciri-ciri menarik pada Blogger In Draft.
Anda juga boleh terus menggunakan Blogger In Draft terus dari Blogger.com hanya sign in dan terus dari Blogger In Draft dengan ID dan Password Blogger anda.
Software grafik percuma
Sangat susah nak buat logo dan banner yang menarik, apa lagi yang mempunyai ciri-ciri animasi. Adorb Photoshop adalah salah satu software yang wajib ada jika kita ingin membina grafik bagi laman web kita atau untuk membuat banner atau ecover bagi ebook.
Tapi Photoshop ni susah kita nak “rapat” kerana harganya ooi mak..! USD699!! kalau di kalikan dengan 3.5 dah jadi RM2446.50. Itu carian yang saya buat di internet. Saya juga dah cuba cari di kedai-kedai komputer di serata Ipoh dan KL. termasuk di Plaza Low Yat…. tak ada yang sanggup nak jual. “Mahal” kata mereka.
Bagi yang “advance” boleh dapatkan dengan percuma, tapi pastinya “TIDAK HALAL”.. atau dapatkan edisi Adobe Photoshop 7 Portable Edition di http://rapidshare.com/files/189364569/PortablePhotoshop7.rar.
Kalau dah “peruma” tentulah banyak kekurangannya. Dalam edisi percuma ni tak ada fungsi Animasi… jadi banner anda hanyalah banner statik. Tak menarikkan…!?
Dalam blog ni tentu anda dah lihat gambar ni:
dan yang ni…
Kedua-dua gambar ni adalah sama, cuma dibezakan oleh Animasinya saja. Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana saya boleh membuat kedua-dua animasi ni.
Di sini saya nak bukakan rahsia bagaimana anda boleh membuat apa saja grafik, atau animasi yang canggih-manggih dengan PERCUMA! saja. Tak perlu bayar apa-apa pun tapi kalau nak memberi sumbangan silakan. (158060613313 - cap harimau)
Setelah install anda akan dapat macam ni.
GIMP Lay Out
Anda “bermain-mainlah” dulu dengan layout ni. Cubalah buat apa saja, cari perkataan “New” di hujung kiri sebelah atas layout, dan klik huruf A untuk membina perkataan.
Selamat mencuba!!
oo..oo.. jangan lupa tinggalkan komen anda ye… terima kasih
Klik imej untuk download GIMP
Categories: Software Tags: gimp, grafik, software percuma











